BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 12, 2011

pelik~pelik~pelik~

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ni nk share pasal satu bende pelik y aku jumpe kat blog http://itsmesaiful.blogspot.com/..pasal org lelaki boleh mengandung???? subhanallah...sjauh mana kebenarannya aku pn xpasti..just share je. Btol ke x, 2 tpulang pada korang nk menilai atau kaji dgn lebih lanjut lagi..


Lelaki Ini Disahkan Mengandung & Akan Melahirkan Anak Bulan Depan




Scott (kiri) dan Thomas Moore, di rumah mereka di Weed, Utara Carolina.


Gambar Ultrasound bayi pasangan ini.


Scott (dua dari kiri) dan Thomas Moore bersama dua anak angkatnya Gregg, 12, dan Logan, 10



Scott Moore, merupakan lelaki kedua dalam dunia ini yang hamil dan dijangka melahirkannya pada bulan depan.

'Kami tahu masyarakat mengkritik kami tetapi kami bahagia dan tidak berasa malu,' katanya.

huuuu...wallahu'alam..

Saturday, July 9, 2011

Kegemaranku! Mee Spaghettiiiiii!!!!!

Assalamualikum w.b.t


entry kali ni nk share pasal mknan y paling sy gemar..he2..b4 ni nk mkn kene la cr kat food court or pizza hut.
skarang xlg...wat sendiri je...:) K..kite tok pe bahan2 de n mcm mane nk wat...Ni utk 8org mkn ckup niii...


Bahan2:


1bji kecil bwg merah (kisar)
4ulas bwg putih (kisar)
Sos tomato puri/sos spaghetti(y slalu sy gune cap kimball)
Cendawan butang (belah 4)
Cili padi/cili kering y dah kisar(sape suke pedas je letak,yela...sos spaghetti ni kan masam skit)
Bunga kantan or daun kesum
Minyak masak
air
Daging/ayam/sardin pn boleh(tp sume kene kisar dlu ea)
Bebola daging( sape nk letak,letakla...xnk xpe)


cara2 nye..(Kuah Spaghetti):


1st of all, panaskan minyak...
Tumiskan bawang merah ngn putih dlu..sampai da perang2 2 masukkan plak cili. Tumis sampai cili 2 dah garing or naik baula slalu org ckp.
Pastu masukkan plak sos spaghetti de..
Masukkan daging/ayam/sardin y telah dikisar td..
Masukkan cendawan
Masukkan bebola
Gaul sbati...
Last skali br masukkan daun kesum/bunga kantan...


Siap!! Untuk kuah je..mee mane???? haaa...


Mase kite wat kuah td..b4 2...kenela rebus mee spaghetti dlu..ye..smpai lembut..


Mee dah siap,kuah pn da siap...leyla idangkan utk seisi keluarga...:)


           mengiurkan tiap kali memandangmu....hihihi..

Thursday, July 7, 2011

perspektif islam...

Wanita tolak poligami tak berdosa


2011/07/07

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya. 

Beliau berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.
Beliau berkata, demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya. 

“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. 
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis. 

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya. – BERNAMA 

Tuesday, July 5, 2011

Sekilas

Assalamualaikum w.b.t


IPTS diarah pulang bayaran yuran RM25,000


2011/07/06

AYER KEROH: Sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Cyberjaya, diarah memulangkan bayaran yuran berjumlah RM25,000 kepada seorang ibu yang membiayai anaknya mengikuti program perubatan di situ selepas kelulusannya ditarik balik Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Mei lalu. 

Arahan kepada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Melaka (TTPM) selepas menerima permohonan Mah Kim Peng, 50, dan jumlah bayaran itu mengikut nilai yuran pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan bagi satu semester di situ.
Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh dalam keputusannya berkata, kolej berkenaan perlu menjelaskan bayaran kepada Mah tempoh 14 hari bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian boleh didakwa di mahkamah.
“Selain itu, saya juga menyarankan penuntut memfailkan tuntutan baru bagi mendapatkan semula baki bayaran bagi kos penginapan. Ini kerana jumlah yang beliau tuntut ini adalah maksimum bagi setiap kes,” katanya pada pendengaran kes itu di sini, semalam. 

Sementara itu, Mah berkata, ketika mendaftarkan anak lelakinya, Loo Yau Pern, 20, di CUCMS pada Ogos tahun lalu, IPTS itu masih diiktiraf MMC bagi melaksanakan program perubatan berkenaan. 

“Saya membayar RM28,075 bagi yuran belajar dan penginapan yang diperuntukkan untuk satu semester pengajian. Bagaimanapun, selepas tamat semester pada 31 Disember lalu, MMC menarik balik kelulusan terhadap kolej universiti itu kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan. 

“Laporan akhbar ketika itu menyatakan penarikan balik kelulusan itu dibuat kerana kolej berkenaan mendaftarkan pengambilan pelajar melebihi kuota iaitu kira-kira 236 orang, berbanding syarat MMC seramai 150 pelajar,” katanya. 
Mah berkata, beliau pernah meminta dan mengemukakan surat kepada pentadbiran CUCMS memohon bayaran terbabit dipulangkan, tetapi gagal memperolehnya selepas tidak dilayan. 

“Pengurusan CUCMS memberi alasan anak saya sudah mengikuti pengajian di situ dan menamatkan satu semester. Bayaran berkenaan sebagai menampung kos pengajian berkenaan,” katanya.


Dibawakan oleh Berita Harian Onlinehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTSdiarahpulangbayaranyuranRM25_000/Article

Sunday, July 3, 2011

MANTAPKAN DIRI SEBELUM TEMUDUGA...

Assalamualaikum w.b.t


shabat handai...bukan mudah ek utk cemerlang dlm dunia pekerjaan skarag ni. kalau kite tgok kan dlu, punye la senang nk dpt keje..asal ade ijazah ke? diploma ke? zup! awak diterima bkerja..tp xsemuala kn. Nmun kan, hari ni fenomena 2 da jauh brubah kn. Berlambak2 graduan berjaya menamatkan pengajian, tp gagal mendapatkan pekerjaan y diidamkan. Emmm...mampukah kite mengharungi sesi temuduga?? 



Haa...ni lah tips ringkas menghadapi tmuduga..bukan ape, aku share kali ni sbb esok ade tmuduga lagi...cuak jgk..aku ni diploma je..pengalamn keje pn xde lagi ni..


1) Kaji la dulu ttg latar blakang sykt y bakal menemuduga. 
2) Punctual tau.
3) Pastikan dokumen2 y dibawa lengkap..sjil2 sume la..resume jgn lupe..kalo xkdekut watla byk copy skit.
4) Pakai pakaian y sesuai dan y penting kemas.
5) Mase nk masuk 2, sapa la penemuduga 2..ucap salam..
6) Dduk dgn sopan, bile die dah sruh dduk.
7) Elakkan dr tergagap2 mcm lagu stacy 2, jwb dgn lancar atas segala soklan y diajukan. AMARAN!! Jgn menipu ttg experience ke ape ke, padah2..bile de tau nt.
8) Boleh tanye pasal position y ditawarkan ye. Tp jgn sesekali tanye pasal gaji kalo de xtanye..
9) Dah abes sesi tmuduge...ucap terima kasih...dan berjalan keluar ngn sopan sekali ye...hehe..


Tau x, sebab musabab kdg2 sukar mendapatkan pekerjaan..


1) Terlalu memilih pekerjaan. Xsedar dgn kelayakan y ade..heheh..
2) Kegagalan kite hadapi sesi temuduge dgn baik.
3) Tidak mahir berkomunikasi dgn baik..
4) Surat permohonan or resume y tidak menarik.


Emmmm...utk manfaat kite bersama..:)

BILA BORING DATANG....TERJADILAH BENDE NI...AYAM BBQ...SEDAP GILER!! HEHEH....

Assalamulaikum w.b.t

Maafla lame dah xshare ape2. Jadi kali ni sy nk share lg pasal 1 resepi y sy cube dan tukaq skit2la..maklumla bile dah abes blaja ni, duk tanam anggur(menganggur) je kt umah pn boring gak. Jd utk memanfaatkan mase y ade..sy watla BBQ ayam bersama kluarga tersyg. Ni antara resepi ringkas de.

Bahan2...
1st skali mestila kene ade ayam...ikutla brape byk nk mkn. Tp resepi ni dlm 5-6 org mkn mcm 2la. Haa..aym2 ni kenela ptong dlu..ikut citerase anda ye..nk panggang sekoq2 pn xpa...ikut angla nooo...hiii.
Then, sediakn sbiji bwg merah y besar tau, 4-5ulas bwg putih, sebesar ibu jari kaki halia (ntah papela perumpamaan aku ni), 1btg serai, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Bhn2 y ni korang pandaila ptoh kcik2 mcm bwg2 2 kan, serai...masukkan dlm blender....blennnnnnnnnnnnd je sume...hu2.
Pastu sediakan serbuk kunyit dan serbuk cili...kalo xde kn..blend je kunyit basah atau kunyit hidup 2. Kalo serbuk cili pn xde, blendla cili kering 2 haa...cili boh ke, cili giling ke, pn bleh gak..hentam jela..kalo sume xde da xreti2 nk g cr kat kedai ke????!!!
Da sediekn sume da??

Okey! Now care nk perap pulak...
Ok...masukkan bhn2 y dah diblend tadi ke dlm ayam y dah dptong. Pastu, masukkan 2sudu besar serbuk kunyit dan serbuk cili. Kalo suke pedas, ha tambah la lagi jang oi cili 2..suke ati ko la temah oiiii...ngeeee...:)
Masukkan garam, gula, dan perasa secukup rasa lah ye..
Kemudian, sonang yo ni..ko gaulkan sebati...
Dah siap gaul sume, perapla ayam 2 semalaman pn dah ok daa..xtau perap 2 ape?  Ish3...senang cite..ko ttup bekas y ko gaul ayam 2, simpan dlm peti. Esok da rase nk panggang ke bako ke...kite bako je lerrr...hi2..

bile sudah dibakar, maka menjelmalah....!!!!

                                           ade wat sosej bakar jgk tau...mmg sodap!


                                          ni time bakar ni...kat blakang umah...


SLAMAT MENCUBA!!! RASAILAH KESEDAPANNYA...MKN SAMPAI TERTUTUP MATE..HEHE....



Wednesday, June 15, 2011

resepi masakan utk "SI BUJANG" mcm aku....

Assalamualaikum w.b.t


Entry kali ni berbeza skit dpd sblum2 ni...sbb kali ni nk share 1 resepi masakn y amat2 simple giler. Resepi ni pn sy hentam je, jnji sodap nk sumbek kek tokak den ni haaa....hahah...resepi ni aku namakan...sy masak ni ari 2 time kat umah akak sy...die g keje, then sy pn dpd duk malangut je, baik aku selongkar dapur die...hu2. maka terjadilah....!!!


KEPALA IKAN KURAU MASAK CAP KICK!! HAHA2!! (dlm resepi ni mmg sy letak haha 2...khi3)


Bhn campak2 di adelah:


-y pling penting kepala ikan kurau atau ikan lain mcm ikan kembung ke, ikan sardin pn sedap gak (bersihkan la sisik de dlu, insang de sume, pandai2la korang y nk makan)
-sebiji bwg besar, kalo nk gune bwg kecik ambikla dlm 4-5bji {tumbuk/blend}
-Segenggam cili padi (dah name pn cmpak2,ambik jela segenggam), {tumbuk/blend} 
-serai sebatang {dititik, ketuk jela maknenye}
-halia sebesar ibu jari dah ckup dah, kalo byk sgt kang terkentot2 plak,hahah {tumbuk/blend gak}
-hiris lagi skit bwg besar utk hiasan, hehe (xpayah pn xpe kalo xmkn)
-air masak
-garam
-dan sdikit perasa (kpd y xnk letak sbb takot rambut ggur better xpayah,hu2)


cara2 nk campak de mcm nih....


1) 1st skali masukkkan air masak, ikutla bape byk korang nk letak bergantung pada jumlah ikan y kite letak ataupun kalo kite ske kuah skit, letakla skit and sebaliknya.
2) pastu, masukkanla sume bhn2 y dah ditumbuk tadi, biar sampai mendidih...
3) agak2 kuah 2 dah masak la kan, dah mendidihla maknenye, masukkkan ikan td
4) masukkan garam dan perasa secukupnya
5) campak plak asam keping/stgah sudu asam jawa
6) ttup periuk sampai ikan btol2 masak, then kalo dah masak, ttup api..
7) then, hidangkan dgn taburkan hirisan bwg bsar td ye...nmpakla mnarik skit..mcm ni..tara!!!




tip power: nk lagi kick, letakkan daun limau prut..kalau rajinla nk cr kat kedai...k..

............................SELAMAT MENCUBE!!!!...............................................

Friday, June 10, 2011

CONTOH PANDUAN RESUME YANG LENGKAP



 Assalamualikum w.b.t


Kepada rakan2 yg selama ini tertanya2 kenapalah aku xdpt2 kerja agaknya yek?? Ntah mane silapnye ntah yek...ade rezki mmg ade rezki, bile2...tp kdg2 kite xprasan ntah2 resume kite ala2 resume koboi je, senang cite xmenarik dan xmnepati citerasa majikan y nk ambik bkerja dgn die. 1st of all mestilah die tgok resume dlu kan..then barula de nilai percakapan kite, pengalamn dan lain2. 




So u all xpayahla nk fenin2 kipale dah...now i dah share kat u all sample resume y boleh korang wat contoh. Mengikut penilaian sy, contoh resume kat bwh ni bagus jgkla..


k tgokla ni:

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information) 

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, he2..xperlu la over sgt...
Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies) 

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.

Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications) 

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.
Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.
 
Ingat! 
Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan. 
 
Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputerbook keeping, kelajuan menaip, project managementmenggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.
 
Ingat! 
Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling ngan kasut kang br tau.
 
Bahasa (Language) 
Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.



sbg contoh:



LanguageSpokenWritten
English810
Malay1010
Mandarin86
Arab107

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.
 
Pengalaman Kerja (Working Experience) 

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?
• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).
So camane nak start cerita pasal working experience nih?
  • The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
  • Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
  • Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.
  • Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).
Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?
Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya
Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders. 
Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.
Lihat dua contoh di bawah:


Contoh A
Prepared training modules for new hires
Contoh B
Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

  1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
  2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
  3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.
 
Rujukan (Reference) 

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.
 
Penting! 
Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka hati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

Gaji (Salary) 

Gaji sekarang (current salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.
Gaji yang dikehendaki (expected salary) 
Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.
Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.
Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:
Expected Salary
RM2500 – RM3200 (Negotiable)
RM3200
RM2500 – RM3200 (Nego)
RM2500 – RM3200 (Negotiate)
Salary is fully negotiable
Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.


Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian.Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.
The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer. Senang citer.

So, dah bace dah, ambikla input drpd ape y sy share ni ye.......SELAMAT BERRESUME!!

Sesungguhnya perkongsian ini dibawakan oleh http://www.jobsmalaysiaonline.com/


Tuesday, June 7, 2011

TIPS2 APABILA DIKEJAR ANJING ATAU DIHAMPIRI ATAU Y SERUPA DGNNYA...

                                                                  Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni nk share pasal cara2 atau tip2 apabila kite nk hadapi seekor anjing y nk kejar kite. Ni bdasarkan pngalaman sy lah..dulu time study kn..balik drpd joging,lalula kat tepi2 rumah org, nk short cut la konon, lepas 2 kat tepi umah org bbngsa cina ni ad anjing menyalak, mulenye sy cool je la..tgok anjing 2 seolah2 berlari laju kearah sy. Sy pn ape lg, pecut mcm motorbike, perhhh...mmg laju. Last2, toleh blakang balik, anjing 2 berada kat dlm pagar je. Hahahahaha..mmg lucu..:)


So, sy nk la share pasal tip2 bile hadapi situasi mcm ni..xkesalah kite berjalan kat mane pn, bile berhadapan situasi mcm ni..k, aplikasikan tips2 ni k!!


(1) Segera berhenti lari , jika anda terus berlari anjing akan terus mengejar anda, padahal anjing biasanya berlari lebih cepat dari manusia.

(2) Hindari dpd bertentang mata ye, anjing akn anggap sikap ini sebagai sikap nk melawan. Segera palingkan wajah anda secara perlahan ke sisi jangan ke belakang.



(3) Berkata atau jerit dengan tegas, ckp “Tidak!" atau " jangan" atau perkara y slalu kite wat "Shuhhh3!!" atau tunjukan jari tangan ke arahnya. Biasanya anjing cepat bereaksi dengan kata-kata ini.




(4) Segera baring dgn diam kalau si anjing mulai menyerang anda, biasanya kalau anda pura-pura mati kemungkinan anjing tidak tertarik lagi menyerang anda, sbb anjing menyangka lawannya sudah mati .


(5) Bila masih tetap diserang, rendahkan wajah anda , dan tutup telinga dengan tangan pastu berdoa dgn khusuk moga2 anjing 2 lari cepat.



(6) Then, ble dah diserang anjing...BALIK JGN LUPE SAMAK PLAK YE...:)

Monday, May 30, 2011

JOM TAMBAH ILMU!!! Kali ni tentang ADAB KELUAR RUMAH..dan DOANYA...

Assalamualaikum w.b.t

Smalam terbaca ttg ilmu ni di satu majalah..jom kite tambah ilmu pengetahuan kwn2..:)



Setiap kali kite keluar rumah atau melangkah keluar dr rumah, jgn lupe utk melafazkan ayat y bermaksud:

" DGN NAMA ALLAH, AKU BERSERAH DIRI KPD ALLAH. TIDAK ADA DAYA DAN KEKUATAN SELAIN DARI ALLAH "
( H.R. Abu Daud, tirmidzy dan Nasai )

Bkn 2 je kwn2...adab2 keluar rumah jgk sy nk share dgn semua...dah...jom bace...



  •  Sebelum kuar sebaiknye sudah melaksanakan solat sunat 2 rakaat.
  • Pastikan xde bawaan y tertinggal.
  • Jgn kuar dgn terburu2 ye, sbb terburu2 2 adalah sifat syaitan.
  • Then, melangkah kuar rumah dgn kaki kiri, dan balik nt langkahlah dgn mendahulukan kaki kanan.
  • Dan berdoalah, dan mohon dijauhi dgn syaitan drpd melakukan perkara2 maksiat.

[ Kepada kalian, sape2 y slalu mengamalkan doa ini ketika keluar rumah...Dgn izin-Nya maka kita tidak akan diganggu oleh bisikan2 syaitan dan bencana...INSYAALLAH...]


Dan lagi....

Khasiat dan kaifiat beramal dgn ayat ini:

Menurut al-Imam Ibnu Badis al-Sanhaji, hati tidak akan sekali2 memperoleh apa y sdg dipelajari sehinggalah lidah berhenti dpd berkata2. Dgn sbb itu, seseorang pelajar hendaklah mendiamkan diri dpd berkata2 samada secara jelas atau berbisik semasa proses pembelajaran berlaku ( nila y slalu kita buat kan bile lecturer or cikgu skolah mengajar kat depan..termasuklah sy..2lah, xamalkan ayat ni, syaitan suke la kat kite..ish3! ).

Oleh itu kwn2, kite jg kenalah amlkan DOA MOHON DITAMBAHKAN ILMU..setiap kali kite dpt sesuatu ilmu pengetahuan mcm y kwn2 bace di blog sy ni...doa die simple je..ni maksudnya:

" WAHAI TUHANKU, TAMBAHKANLAH ILMUKU "
(Taha : 114)


Perkara ini patot mnjadi amalan semua golongan. Xterbatas sbnarnye doa ni, bkn utk pelajar je tau, malah setiap org y berkomunikasi dan berinteraksi.

Ini jg lah salah satu TIP & PETUA y menyelamatkan keadaan dpd berlakunya: 



SILAP PAHAM DLM HBUNGAN SUAMI & ISTERI, 




DGN KAWAN2 KAT TEMPAT KERJA, 



DLM PERDEBATAN


..dan lain2..(Tafsir Ibnu Badeis, tafsir ayat 114, Surah Taha)

MOM'S CORNER: Jom Baca! Nak Tahu x Kenapa Bayi Kita Menangis??

 Assalamulaikum w.b.t


Assalam wahai wanita sekalian..terutamanya kpd wanita y dah bergelar istri dan ibu..wow sweetla status 2. Kali ni kan, sy nk share la jgk pasal baby2 cute y berada diluar sane, ank2 kakak..puan2, cik2 sekalian. Walaupn sy blum lg berumahtngge dan jd ibu apatah lg kn, tp sy suke sgt dgn topik2 mcm ni, topik2 y 1hari nt kite kene tau jgk kan? Btol x? Xmola pandai bercinte je, ank xpandai jg...hu2..


Kdgkale kite dgr tangisan bby ni kan, sayup je hati kan? Ntah die sakit ke? Lapar ke? Panas xslese ke kn? Ksian bby2 ku syg, hu2...Anyway xnk citer byk..sy share ni pn atas ape y sy bace di majalah..topik ni buat sy tertarik berbanding topik2 kecantikan y sy kerap kongsi..





KENAPA BAYI MENANGIS? Jom kite ushar jenis2 tangisannya k!! Check it out!!


1) TANGISAN " SAYA MAHU MENYUSU LA IBU!!.........."

Emm, bby anda mmg akan menangis bile die lapar, tangisan die akn berulang2 tau. K kelakuan cute die y wat kite xsenag hati bile tangisan pertama, die menangis pastu stop kjap utk ambik nafas..hik2 cutenye! Pastu die akn continue lg then stop utk ambik nafas & seterusnya...haa, ksian si manja kite kn? Kite kene paham 2...jd susui bby sampai die kenyang bile dah tibe time mkn die..:)



2) TANGISAN " MAMA2!! LAMPIN SAYA BASAH NI...!!!..."

Biasela, bby akn rase xslese bile lampin die basah sebaliknye die ske kering je..mcm kite jgkla kan, bile da basah..nangisla la manje kite sbb xslese. Haa...menurut ape y sy bace kan, tangisan si manja biasanya perlahan kemudian makin kuat dan makin kuat. Mama2 sekalin jg bleh tgok si manja akn mengeliat xingat kat tempat tdornya. So, para ibu kenela peka dan jgn bertangguh nk tukar lampin 2..makin kuat plak nt sound die. Kalau di biar, takot ruam pulak nt...!



3) TANGISAN " MAK..BADAN SY SAKIT2 LOR... :( "

Tangisan style ni agak sylo gakla...haha, si manja akn nangis dgn nada y tinggi skit mcm jeritanla..pastu die tarik nafas nad tarik lg kuat, Si ibu kene cpt2 check prot die k, bkn ape nk make sure y si manja xkembong prot or x. Then, check plak kat tgn die, kaki, leher dan kepala. kalaula si manja menjerit lg kuat bile disentuh pd tmpat2 td, maka maybe ade la sakit 2..mungkin kite xprasan kan bile jd sakit 2, yela kdg2 bby kite ni dahla comel, mcm2 org y nk dukung, takot terkehel ke ape ke kt part tertentu kn. Jd..sapukan ubat y sesuai pd keadaan tersebut ye..

4) HAA..ADA JGK TANGISAN " MAMI..ADIK SUNYI LOR.."

Tangisan ni slalunya jd kat ank sulong atau tunggal sbb si manja ni inginkan perhatian..kdg2 bkn ank sulong or tunggal je, semue bby akan rase mcm ni kn. Si manja nk mami die sentiasa berada disisi die..olo3..cute nye die.. Tangisan ni kedengaran seperti sgt sdeh dan sgt hiba..sayunye.. Jd, Mami kenela melunagkan mase pd si manja tau, teman si manja sampai die tenang, sweetnye la kan. Jgn sesekali tinggalkan si manja sampai die rase anda benar2 menyayanginya...:)

5) TANGISAN " UMI!! NK DUKUNG !!!"

Mungkin si manja akn lbey cepat marah jika dia sgt2 ngantok. Jd, tangisan die akn lbey kpd merengek dgn suara y mendayu2. Kepala si manja mungkin akan terangguk2 utk bbrpa ketika. Dan y paling comel ni, mungkin si manja akn menggosok2 tgnnya pd kedua2 matanya dan muke. Jadi, pelokla dan dukung si manja dkat dgn dada sampai die benar2 terlelap...;>

6) TANGISAN " SAYA BOSANLA BU..."


Dalam situasi ni plak, bayi cepat boring jika xdpt pe y die nk atau asyik wat bende or aktiviti y same je tiap2 hari. Haa..jgn xtau, tangisan ni biasenye dirancang utk menarik perhatin si ibu, jd tangisan ini lbey mirip kpd menjerit..huh.. Jadi, si ibu kenela cpt2 gantikn alat permainan die. Nyanyi ke, bwk gi luar ke, tgok binatang2 ke..baru syok!! hehe...


Hehe..prasan x..semuanya, IBU, MAMA, MAMI, UMI, MAK...Emmm...agaknyela kan, mane pegi SI BAPA NI??? 

Haa..para bapa sekalian..anda jg harus mempelajari cara menjg bayi tau sebenarnya. Kan sweet same2 take care kat anak2 kite..brula sweet je perkahwinan 2. Ksianla kat kaum ibu, nk berjaga malam bile bayi nangis, salinkan lampin die lagi..sampai xsempat nk masak lauk tengah hari..hik2, mkn kat luar la jawabnye bapak2 sekalian. JGN MARAH YE..:)

Thursday, May 26, 2011

SOLAT OH SOLAT!! & SUBHANALLAH!! NIKMATNYA SHAFAAT ALLAH!!

  ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Rakan2 sekalian, mesti korang baru lepas bace yaasin kan? Yela, kite kan slalu bace surah Yaasin, tahlil pada malam jumaat mcm ni. Sy teringat pd sorang ustz y pnah ajar sy time kt ipt. Nama ustz 2 Ustz Shahidan..die kate xsemestinye kite kene baca surah Yaasin 2 pd malam Jumaat je, hari2 y lain pn boleh, xkire waktu dan tempat pn sbnarnye. Btol x?

Jd...entry kali ni sy nk sharela ttg surah2 amalan y sy amalkan tiap hari insyaAllah.. Sbg wanita cemerlang, eloklah kite memperkukuhkan lagi rohani kite...jgn leka dgn duniawi je. Akhirat makin tibe korang..kdg2, bile sy dah bertafakur atas sejadah..sy slalu mengenangkan nasib sy di akhirat nt..bagaimanakah keadaan sy nt? Layakkah aku ni? Di manakah aku disisi-Nya? Ya Allah...ble dtg je keinsafan 2, yela..sy ni xla wara' sgt, tp sy cube y terbaik utk jd muslimah sejati insyaAllah.

Kdg2 sy lihat disekeliling sy, mcm2 karenah org..lg2 org islam y zaman skarang ni sibuk menuding ke arah org lain tp diri sendiri masih xckup sempurna lg. Sy xnk jd mcm ni..kite pumpang2 bg nasihat kat org, tp sedarkah kite? Bacaan Al-fatihah kite pn xbetul lg..mcm mane dlm solat nt? Kite dah faham maksud bacaan setiap baris 2? Kite ade xcube nk faham? Ikhtiar? Kalau xdpt faham maksud surah y pjg2 2, atleast surah Al-Fatihah pn ok daaa...cube skit2 kan?

1 lg..kdg2 kite solat nk laju je...btol x? Dahla kite lewat2kan waktu solat, pastu solat xsampai 2mnit..ish2..kite nk kejar ape? Ape y kite bace smpai 2mnit da siap? Pelik jgk..Jgn...Jgn amalkan mcm 2..TUNAIKAN SOLAT TU SEOLAH2 ITULAH SOLAT TERAKHIR KITE..slow2, jgn gopoh, ntah2 time kite laju2 bace dlm solat 2, maksud bacaan dlm solat 2 dah lari dah..dah jd maksud lain pulak? Ish..takot jgk, kite kn tgah merendahkan diri pd Allah s.w.t.


Then, lepas solat 2, eloklah berzikir..plizz, kejap je, jgn cepat sgt nk bangun..istighfar dlu, menyesal dgn dose kite, mohon keampunan..bace al-Fatihah, Ayat Kursi, sambung plak dgn zikir memuji-Nya. Mudah bkn? Then, mohonlah doa, mintklah ape kite nk mintak..huh..lengkaplah solat kite. Haa..lg elok kite amalkan solat2 sunat rawatib, solat sunat ni kan sbg penampal solat fardhu kite. Ni sy share kn pasal solat sunat rawatib 2 k!

Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
  2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
  3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
  2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
  4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.

Sabda Rasulullah s.a.w :

عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة
(متفق عليه)
Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."

NIAT SOLAT RAWATIB

  1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
  2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.


Tengok? Nk cite bende lain...bende lain y sy dah membebelkan. K xpe2..sy nak kongsi plak pasal SURAH AL_MULK. Ni antara surah y sy amalkan ni. Sy nk share pasal kelebihan amalkan surah ni. Let's read guys!

1) Dpd Abi Hurairah r.a dr Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya d dlm AQ ad 30 ayat y memberi Syafaat kpd pembacanya hingga diberi keampunan utknya iaitu surah Al-Mulk "(Tabarakal-Lazi)"..

2) PASTU WAJIB BACE NI! 

Dpd Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesunguhnya seorang lelaki y sblum kamu telah meninggal dan xda bersamanya sedikitpn dpd kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkn ke dlm kubur, datanglah kpdnya malaikat. 

Maka surah itu telah menahan wajahnya & malaikat berkata pd surah tu. Sesunguhnya kamu dpd kitab Allah & sy xmahu mnyusahkn kamu, sesunguhnya sy xboleh beri kamudan kpd dia, dan kpd sy kemudharatan atau kemanfaatan. Sesunguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kpd dia (si mati), jd pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah shafaat drpdnya. 

Maka diapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata: 

"Wahai Tuhanku, Si fulan ini (si mati), dia pilih sy dlm kitabMu dn dia pelajari sy dn dia membaca sy, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan membakarnya, walhal sy di dlm dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat dmikian, jd padamlah sy dr kitabmu. 

Dan Allah SWT berfirman: "Aku nmpak kamu marah." 

Dia menjawab(surah): "Sesunguhya sy marah. Allah SWT berfirman: " Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kpd kamu dan kamu mnjadi shafaat keatasnya."

Nabi SAW bersabda: "Surah itu dtg kpd malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa2 pd si mati.

Maka Surah tu dtg dn meletankkan mulutnya kpd mulut si mati dn mengucapkan selamat dtg kpd mulut y sentiasa membaca saya dan selamat dtg kpd dada y sentiasa menghafal dan menjaga sy. Dan slamat dtg kpd 2 kaki y sentiasa berdiri dan mmbaca sy.

Maka surah tu bersama si mati dlm kuburnya spy dia (si mati) tidak berasa kesunyian...

SEKIAN..
* Fadhilat ni sy baca kat kitab surah2 pilihan y sy baca dan anda semua turut bleh amalkan. Cari di kedai2 bku berdekatan. Kitab ni disunting oleh HAJI JOHARI HAJI ALIAS dgn tajuk kitab AMALAN SURAH2 PILIHAN (fadhilat dan khasiat)...



atau

boleh trus je search kat link ni k...klik  


Emm..y ni plak satu kitab lain...siap ngn CD Digital Audio lg..sy baru je bli td..Mule2 tgok harge RM19.90..uish..mahal jgk..duit pn xbnyk, tp ati rase nk beli sgt2. Bile tanye je adik y jual 2, die kate RM10 je kak! Alhamdulillah..dpt jgk beli..Keluaran y ni, CD Audio 2 dibace oleh MOHAMAD FAKHRUL RADHI BIN KAMARUDDIN ( Juara Akademi AQ Musim Ke-3)..usyalar di pasarn! 



Cepat! Bile lg????  Perkare mcm ni, xpayah tggu2...:)

Maaf ye korang mane y silap @ terkasar...sy just berblog utk kongsi pengetahuan..dan muhasabah diri sy jgk..;) SELAMAT BERAMAL!