BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 12, 2011

pelik~pelik~pelik~

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ni nk share pasal satu bende pelik y aku jumpe kat blog http://itsmesaiful.blogspot.com/..pasal org lelaki boleh mengandung???? subhanallah...sjauh mana kebenarannya aku pn xpasti..just share je. Btol ke x, 2 tpulang pada korang nk menilai atau kaji dgn lebih lanjut lagi..


Lelaki Ini Disahkan Mengandung & Akan Melahirkan Anak Bulan Depan




Scott (kiri) dan Thomas Moore, di rumah mereka di Weed, Utara Carolina.


Gambar Ultrasound bayi pasangan ini.


Scott (dua dari kiri) dan Thomas Moore bersama dua anak angkatnya Gregg, 12, dan Logan, 10



Scott Moore, merupakan lelaki kedua dalam dunia ini yang hamil dan dijangka melahirkannya pada bulan depan.

'Kami tahu masyarakat mengkritik kami tetapi kami bahagia dan tidak berasa malu,' katanya.

huuuu...wallahu'alam..

Saturday, July 9, 2011

Kegemaranku! Mee Spaghettiiiiii!!!!!

Assalamualikum w.b.t


entry kali ni nk share pasal mknan y paling sy gemar..he2..b4 ni nk mkn kene la cr kat food court or pizza hut.
skarang xlg...wat sendiri je...:) K..kite tok pe bahan2 de n mcm mane nk wat...Ni utk 8org mkn ckup niii...


Bahan2:


1bji kecil bwg merah (kisar)
4ulas bwg putih (kisar)
Sos tomato puri/sos spaghetti(y slalu sy gune cap kimball)
Cendawan butang (belah 4)
Cili padi/cili kering y dah kisar(sape suke pedas je letak,yela...sos spaghetti ni kan masam skit)
Bunga kantan or daun kesum
Minyak masak
air
Daging/ayam/sardin pn boleh(tp sume kene kisar dlu ea)
Bebola daging( sape nk letak,letakla...xnk xpe)


cara2 nye..(Kuah Spaghetti):


1st of all, panaskan minyak...
Tumiskan bawang merah ngn putih dlu..sampai da perang2 2 masukkan plak cili. Tumis sampai cili 2 dah garing or naik baula slalu org ckp.
Pastu masukkan plak sos spaghetti de..
Masukkan daging/ayam/sardin y telah dikisar td..
Masukkan cendawan
Masukkan bebola
Gaul sbati...
Last skali br masukkan daun kesum/bunga kantan...


Siap!! Untuk kuah je..mee mane???? haaa...


Mase kite wat kuah td..b4 2...kenela rebus mee spaghetti dlu..ye..smpai lembut..


Mee dah siap,kuah pn da siap...leyla idangkan utk seisi keluarga...:)


           mengiurkan tiap kali memandangmu....hihihi..

Thursday, July 7, 2011

perspektif islam...

Wanita tolak poligami tak berdosa


2011/07/07

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya. 

Beliau berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.
Beliau berkata, demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya. 

“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. 
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis. 

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya. – BERNAMA 

Tuesday, July 5, 2011

Sekilas

Assalamualaikum w.b.t


IPTS diarah pulang bayaran yuran RM25,000


2011/07/06

AYER KEROH: Sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Cyberjaya, diarah memulangkan bayaran yuran berjumlah RM25,000 kepada seorang ibu yang membiayai anaknya mengikuti program perubatan di situ selepas kelulusannya ditarik balik Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Mei lalu. 

Arahan kepada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Melaka (TTPM) selepas menerima permohonan Mah Kim Peng, 50, dan jumlah bayaran itu mengikut nilai yuran pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan bagi satu semester di situ.
Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh dalam keputusannya berkata, kolej berkenaan perlu menjelaskan bayaran kepada Mah tempoh 14 hari bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian boleh didakwa di mahkamah.
“Selain itu, saya juga menyarankan penuntut memfailkan tuntutan baru bagi mendapatkan semula baki bayaran bagi kos penginapan. Ini kerana jumlah yang beliau tuntut ini adalah maksimum bagi setiap kes,” katanya pada pendengaran kes itu di sini, semalam. 

Sementara itu, Mah berkata, ketika mendaftarkan anak lelakinya, Loo Yau Pern, 20, di CUCMS pada Ogos tahun lalu, IPTS itu masih diiktiraf MMC bagi melaksanakan program perubatan berkenaan. 

“Saya membayar RM28,075 bagi yuran belajar dan penginapan yang diperuntukkan untuk satu semester pengajian. Bagaimanapun, selepas tamat semester pada 31 Disember lalu, MMC menarik balik kelulusan terhadap kolej universiti itu kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan. 

“Laporan akhbar ketika itu menyatakan penarikan balik kelulusan itu dibuat kerana kolej berkenaan mendaftarkan pengambilan pelajar melebihi kuota iaitu kira-kira 236 orang, berbanding syarat MMC seramai 150 pelajar,” katanya. 
Mah berkata, beliau pernah meminta dan mengemukakan surat kepada pentadbiran CUCMS memohon bayaran terbabit dipulangkan, tetapi gagal memperolehnya selepas tidak dilayan. 

“Pengurusan CUCMS memberi alasan anak saya sudah mengikuti pengajian di situ dan menamatkan satu semester. Bayaran berkenaan sebagai menampung kos pengajian berkenaan,” katanya.


Dibawakan oleh Berita Harian Onlinehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTSdiarahpulangbayaranyuranRM25_000/Article