BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum w.b.t...
Mintak maaf sebab dah lame xshare petua2 berguna ye kawan2..maklomla..miss mien busy dengan final year ni...byk nk kena pulun...pe pun, miss mien xkan lupekan pengikut setia blog ni. Em, xrugi pn kan kite amalkan petue2 ni...untuk kebaikan kita jugak..Allah dah kurniakan kita tubuh badan yang sempurna, xsalah kita menjaga pemberian-Nya yang xternilai ni kan...jadi, selepas jaga rambut...jom tengok untuk  penjagaan kulit muka kita yang tulus lagi mulus ni nak x? Jom!!

MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT
            Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.
            Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan . Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.
            Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berkesan.
            Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.
            Disamping itu, hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.
            Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan.