BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 12, 2011

pelik~pelik~pelik~

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ni nk share pasal satu bende pelik y aku jumpe kat blog http://itsmesaiful.blogspot.com/..pasal org lelaki boleh mengandung???? subhanallah...sjauh mana kebenarannya aku pn xpasti..just share je. Btol ke x, 2 tpulang pada korang nk menilai atau kaji dgn lebih lanjut lagi..


Lelaki Ini Disahkan Mengandung & Akan Melahirkan Anak Bulan Depan




Scott (kiri) dan Thomas Moore, di rumah mereka di Weed, Utara Carolina.


Gambar Ultrasound bayi pasangan ini.


Scott (dua dari kiri) dan Thomas Moore bersama dua anak angkatnya Gregg, 12, dan Logan, 10



Scott Moore, merupakan lelaki kedua dalam dunia ini yang hamil dan dijangka melahirkannya pada bulan depan.

'Kami tahu masyarakat mengkritik kami tetapi kami bahagia dan tidak berasa malu,' katanya.

huuuu...wallahu'alam..

Saturday, July 9, 2011

Kegemaranku! Mee Spaghettiiiiii!!!!!

Assalamualikum w.b.t


entry kali ni nk share pasal mknan y paling sy gemar..he2..b4 ni nk mkn kene la cr kat food court or pizza hut.
skarang xlg...wat sendiri je...:) K..kite tok pe bahan2 de n mcm mane nk wat...Ni utk 8org mkn ckup niii...


Bahan2:


1bji kecil bwg merah (kisar)
4ulas bwg putih (kisar)
Sos tomato puri/sos spaghetti(y slalu sy gune cap kimball)
Cendawan butang (belah 4)
Cili padi/cili kering y dah kisar(sape suke pedas je letak,yela...sos spaghetti ni kan masam skit)
Bunga kantan or daun kesum
Minyak masak
air
Daging/ayam/sardin pn boleh(tp sume kene kisar dlu ea)
Bebola daging( sape nk letak,letakla...xnk xpe)


cara2 nye..(Kuah Spaghetti):


1st of all, panaskan minyak...
Tumiskan bawang merah ngn putih dlu..sampai da perang2 2 masukkan plak cili. Tumis sampai cili 2 dah garing or naik baula slalu org ckp.
Pastu masukkan plak sos spaghetti de..
Masukkan daging/ayam/sardin y telah dikisar td..
Masukkan cendawan
Masukkan bebola
Gaul sbati...
Last skali br masukkan daun kesum/bunga kantan...


Siap!! Untuk kuah je..mee mane???? haaa...


Mase kite wat kuah td..b4 2...kenela rebus mee spaghetti dlu..ye..smpai lembut..


Mee dah siap,kuah pn da siap...leyla idangkan utk seisi keluarga...:)


           mengiurkan tiap kali memandangmu....hihihi..

Thursday, July 7, 2011

perspektif islam...

Wanita tolak poligami tak berdosa


2011/07/07

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya. 

Beliau berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.
Beliau berkata, demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya. 

“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. 
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis. 

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya. – BERNAMA 

Tuesday, July 5, 2011

Sekilas

Assalamualaikum w.b.t


IPTS diarah pulang bayaran yuran RM25,000


2011/07/06

AYER KEROH: Sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Cyberjaya, diarah memulangkan bayaran yuran berjumlah RM25,000 kepada seorang ibu yang membiayai anaknya mengikuti program perubatan di situ selepas kelulusannya ditarik balik Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Mei lalu. 

Arahan kepada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Melaka (TTPM) selepas menerima permohonan Mah Kim Peng, 50, dan jumlah bayaran itu mengikut nilai yuran pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan bagi satu semester di situ.
Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh dalam keputusannya berkata, kolej berkenaan perlu menjelaskan bayaran kepada Mah tempoh 14 hari bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian boleh didakwa di mahkamah.
“Selain itu, saya juga menyarankan penuntut memfailkan tuntutan baru bagi mendapatkan semula baki bayaran bagi kos penginapan. Ini kerana jumlah yang beliau tuntut ini adalah maksimum bagi setiap kes,” katanya pada pendengaran kes itu di sini, semalam. 

Sementara itu, Mah berkata, ketika mendaftarkan anak lelakinya, Loo Yau Pern, 20, di CUCMS pada Ogos tahun lalu, IPTS itu masih diiktiraf MMC bagi melaksanakan program perubatan berkenaan. 

“Saya membayar RM28,075 bagi yuran belajar dan penginapan yang diperuntukkan untuk satu semester pengajian. Bagaimanapun, selepas tamat semester pada 31 Disember lalu, MMC menarik balik kelulusan terhadap kolej universiti itu kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan. 

“Laporan akhbar ketika itu menyatakan penarikan balik kelulusan itu dibuat kerana kolej berkenaan mendaftarkan pengambilan pelajar melebihi kuota iaitu kira-kira 236 orang, berbanding syarat MMC seramai 150 pelajar,” katanya. 
Mah berkata, beliau pernah meminta dan mengemukakan surat kepada pentadbiran CUCMS memohon bayaran terbabit dipulangkan, tetapi gagal memperolehnya selepas tidak dilayan. 

“Pengurusan CUCMS memberi alasan anak saya sudah mengikuti pengajian di situ dan menamatkan satu semester. Bayaran berkenaan sebagai menampung kos pengajian berkenaan,” katanya.


Dibawakan oleh Berita Harian Onlinehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTSdiarahpulangbayaranyuranRM25_000/Article

Sunday, July 3, 2011

MANTAPKAN DIRI SEBELUM TEMUDUGA...

Assalamualaikum w.b.t


shabat handai...bukan mudah ek utk cemerlang dlm dunia pekerjaan skarag ni. kalau kite tgok kan dlu, punye la senang nk dpt keje..asal ade ijazah ke? diploma ke? zup! awak diterima bkerja..tp xsemuala kn. Nmun kan, hari ni fenomena 2 da jauh brubah kn. Berlambak2 graduan berjaya menamatkan pengajian, tp gagal mendapatkan pekerjaan y diidamkan. Emmm...mampukah kite mengharungi sesi temuduga?? 



Haa...ni lah tips ringkas menghadapi tmuduga..bukan ape, aku share kali ni sbb esok ade tmuduga lagi...cuak jgk..aku ni diploma je..pengalamn keje pn xde lagi ni..


1) Kaji la dulu ttg latar blakang sykt y bakal menemuduga. 
2) Punctual tau.
3) Pastikan dokumen2 y dibawa lengkap..sjil2 sume la..resume jgn lupe..kalo xkdekut watla byk copy skit.
4) Pakai pakaian y sesuai dan y penting kemas.
5) Mase nk masuk 2, sapa la penemuduga 2..ucap salam..
6) Dduk dgn sopan, bile die dah sruh dduk.
7) Elakkan dr tergagap2 mcm lagu stacy 2, jwb dgn lancar atas segala soklan y diajukan. AMARAN!! Jgn menipu ttg experience ke ape ke, padah2..bile de tau nt.
8) Boleh tanye pasal position y ditawarkan ye. Tp jgn sesekali tanye pasal gaji kalo de xtanye..
9) Dah abes sesi tmuduge...ucap terima kasih...dan berjalan keluar ngn sopan sekali ye...hehe..


Tau x, sebab musabab kdg2 sukar mendapatkan pekerjaan..


1) Terlalu memilih pekerjaan. Xsedar dgn kelayakan y ade..heheh..
2) Kegagalan kite hadapi sesi temuduge dgn baik.
3) Tidak mahir berkomunikasi dgn baik..
4) Surat permohonan or resume y tidak menarik.


Emmmm...utk manfaat kite bersama..:)

BILA BORING DATANG....TERJADILAH BENDE NI...AYAM BBQ...SEDAP GILER!! HEHEH....

Assalamulaikum w.b.t

Maafla lame dah xshare ape2. Jadi kali ni sy nk share lg pasal 1 resepi y sy cube dan tukaq skit2la..maklumla bile dah abes blaja ni, duk tanam anggur(menganggur) je kt umah pn boring gak. Jd utk memanfaatkan mase y ade..sy watla BBQ ayam bersama kluarga tersyg. Ni antara resepi ringkas de.

Bahan2...
1st skali mestila kene ade ayam...ikutla brape byk nk mkn. Tp resepi ni dlm 5-6 org mkn mcm 2la. Haa..aym2 ni kenela ptong dlu..ikut citerase anda ye..nk panggang sekoq2 pn xpa...ikut angla nooo...hiii.
Then, sediakn sbiji bwg merah y besar tau, 4-5ulas bwg putih, sebesar ibu jari kaki halia (ntah papela perumpamaan aku ni), 1btg serai, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Bhn2 y ni korang pandaila ptoh kcik2 mcm bwg2 2 kan, serai...masukkan dlm blender....blennnnnnnnnnnnd je sume...hu2.
Pastu sediakan serbuk kunyit dan serbuk cili...kalo xde kn..blend je kunyit basah atau kunyit hidup 2. Kalo serbuk cili pn xde, blendla cili kering 2 haa...cili boh ke, cili giling ke, pn bleh gak..hentam jela..kalo sume xde da xreti2 nk g cr kat kedai ke????!!!
Da sediekn sume da??

Okey! Now care nk perap pulak...
Ok...masukkan bhn2 y dah diblend tadi ke dlm ayam y dah dptong. Pastu, masukkan 2sudu besar serbuk kunyit dan serbuk cili. Kalo suke pedas, ha tambah la lagi jang oi cili 2..suke ati ko la temah oiiii...ngeeee...:)
Masukkan garam, gula, dan perasa secukup rasa lah ye..
Kemudian, sonang yo ni..ko gaulkan sebati...
Dah siap gaul sume, perapla ayam 2 semalaman pn dah ok daa..xtau perap 2 ape?  Ish3...senang cite..ko ttup bekas y ko gaul ayam 2, simpan dlm peti. Esok da rase nk panggang ke bako ke...kite bako je lerrr...hi2..

bile sudah dibakar, maka menjelmalah....!!!!

                                           ade wat sosej bakar jgk tau...mmg sodap!


                                          ni time bakar ni...kat blakang umah...


SLAMAT MENCUBA!!! RASAILAH KESEDAPANNYA...MKN SAMPAI TERTUTUP MATE..HEHE....