BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 5, 2011

Sekilas

Assalamualaikum w.b.t


IPTS diarah pulang bayaran yuran RM25,000


2011/07/06

AYER KEROH: Sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Cyberjaya, diarah memulangkan bayaran yuran berjumlah RM25,000 kepada seorang ibu yang membiayai anaknya mengikuti program perubatan di situ selepas kelulusannya ditarik balik Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Mei lalu. 

Arahan kepada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Melaka (TTPM) selepas menerima permohonan Mah Kim Peng, 50, dan jumlah bayaran itu mengikut nilai yuran pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan bagi satu semester di situ.
Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh dalam keputusannya berkata, kolej berkenaan perlu menjelaskan bayaran kepada Mah tempoh 14 hari bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian boleh didakwa di mahkamah.
“Selain itu, saya juga menyarankan penuntut memfailkan tuntutan baru bagi mendapatkan semula baki bayaran bagi kos penginapan. Ini kerana jumlah yang beliau tuntut ini adalah maksimum bagi setiap kes,” katanya pada pendengaran kes itu di sini, semalam. 

Sementara itu, Mah berkata, ketika mendaftarkan anak lelakinya, Loo Yau Pern, 20, di CUCMS pada Ogos tahun lalu, IPTS itu masih diiktiraf MMC bagi melaksanakan program perubatan berkenaan. 

“Saya membayar RM28,075 bagi yuran belajar dan penginapan yang diperuntukkan untuk satu semester pengajian. Bagaimanapun, selepas tamat semester pada 31 Disember lalu, MMC menarik balik kelulusan terhadap kolej universiti itu kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan. 

“Laporan akhbar ketika itu menyatakan penarikan balik kelulusan itu dibuat kerana kolej berkenaan mendaftarkan pengambilan pelajar melebihi kuota iaitu kira-kira 236 orang, berbanding syarat MMC seramai 150 pelajar,” katanya. 
Mah berkata, beliau pernah meminta dan mengemukakan surat kepada pentadbiran CUCMS memohon bayaran terbabit dipulangkan, tetapi gagal memperolehnya selepas tidak dilayan. 

“Pengurusan CUCMS memberi alasan anak saya sudah mengikuti pengajian di situ dan menamatkan satu semester. Bayaran berkenaan sebagai menampung kos pengajian berkenaan,” katanya.


Dibawakan oleh Berita Harian Onlinehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTSdiarahpulangbayaranyuranRM25_000/Article

1 comment:

  1. kpd pelajar2 katpm..adakah anda terfikirkan sesuatu? hu2

    ReplyDelete