BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 25, 2011

SABUN BERAS

                                                             Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni nk share pasal SABUN BERAS. Sy mule mengenali sabun beras ni bile start dduk kat perlis. Sbb kat sini byk org jual. Pastu, ada sorang junior 2..name die Ina, die pkai sabun ni, ble masuk blik air je lepas die mandi mmg mengasyikkan bau blik air 2, mmg sedapla bau die..mcm nk mkn je dlm toilet. Tgokla kulit si Ina ni..gebu je.




Satu lg, sy dpt information pasal bagusntya gune sabun beras ni kat blog y kwn sy follow. Nurul Badiah name die kalo xsilap. Die pn mengakuila y sabun beras ni mmg baik utk kulit kite. Xcaye..searchla kat mane2..pasal sabun beras, tgok pe kebaikan die.




Kwn baik sy pn ade y pakai jgk, antaranya NORSAIFAHANA BT MAT SAID. Die ni kulit mmg bersih, jg kulit ni. Kami sekawan panggil die Si NANA CANTIK. Tgok jela kulit die..gebu..maklumla,gune sabun beras. Sy pn dah jatuh cinte dgn sabun beras ni. Tp  xla kate kulit sy gebu, tp rasala jgk perbezaan lpas gune sabun ni..









AYUH..RASAILAH PERBEZAANYA...Chewah! Mcm Iklan Minyak kreta plak kan???


                          sabun ni kat  tempat korang ade kot...xmahal sgtla...xsampai RM5 pun..


Sunday, May 22, 2011

KEHEBATAN TEH HIJAU

Assalamualaikum..slamat berhujung minggu semua!! Straight 2 da point je la kan...sy nk share pasal kebaikan TEH HIJAU. Kdg2 ade y xsuke teh kan sbb org kate teh ni berangin. Mmg btol, tp teh hijau ni xsama skali malah mendtgkan 1001 kebaikan kpd tubuh bdn kite. Haa..sy dah dkat 2bulan jgk amalkan teh hijau ni. Dalam sehari 2x...mmg baik dan berkesan. Dan y sy pnah try adalah jenama BOH..murah je, dlm RM 3 something dptla, byk jual kat pasaran. Mcm2 brand ade. 




Ni la TEH HIJAU y i amalkan...sy bli kat THE STORE kangar...tmpat korang mst ade punye!!






Antara kebaikannnya ialah:


1) Teh Hijau ni mengandungi paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan. Haa..bile kite dah tau y sesuatu bende 2 antioksidan, mmg bagusla utk kesihatan kite kn.. Yela, antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan.


2) Selain itu, green tea ni dapat mengawal  tekanan darah tinggi tau..antara fakta y sy dpt ialah green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. term kimia ni xdpt ditentukan pe dia la syg...huhuhu..


3) Green tea jgk dpt membantu mengawal paras gula darah. Sbb...makhluk Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manfaat kepada paras gula dalam darah kite!!!


4) Dpt jgk membantu dalam sesetengah penyakit barah. Adala sesetengah bhn dalam green tea asli ni mampu mencegah pembiakan barah...xsemua barahla de dpt prevent kan..


5) Haa...y ni paling korang suke kan..green tea ni dapat kurangkan kolestrol dlm bdn tau, haa...jgn xtau paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.


6) Yg ni lagi korang suke ni..green tea ni dpt menggalakkan pembakaran LEMAK!!!!!!!!!!!!!!! Arghhh!! Bencinye lemak, sbb...kandungan green tea y mmg semulajadi ni mampu membantu penghadaman dlm pankreas kite tau...so..LEMAK Y KORANG XSUKE 2!!! cepatla keluar time kite saket prot..yea!!! Suke kan???


7) Bagi y dah sedie slim 2...but takot xmuat dgn saiz seluar...bleyla amlkan minum ni tipa hari. Bkn ape..boleh mengekalkan ukuran pinggang kite...:)


So guys...manfaatkanlah anugerah alam y Allah kurniakn ni ye..ia kan salah satu herba jgk, haa...tgok perumpaan Cina ni "Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea".


Kalau u all xpcaye lagi mai tinjau link ni k! http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_06.htm

Saturday, May 21, 2011

JERAWAT MUSUHKU!!

Assalamualaikum semua. Maaf tau,lame gak xshare kn..anyway sy punye b.band da terminated la wat sementare waktu ni. Ni pun sepintas je sbb kebetulan pinjam laptop kwn. Tringat kat sini...k,arini sy nk share pasal JERAWAT, musuh ketat setiap wanita..sy ade beberapa petua...xpetua sangatla...gune bende y dijual dipasaran jgk,but not my production k! hehe...antara tips2nya ialah: 



Anda haruslah:

1) memastikan memakai bedak sejuk anti jerawat pada tiap2 malam sblum tido atau pada bila2 masa anda lapang..i mean bile weekend ke kn. Jgn dah pakai 2 boleh bersembang dgn jiran2 plak,amaran ni..nt ape plak org ckp,,huhu. Bkn ape,fungsi bedaj sejuk ni adlah salah satunye sbg absorber/penarik minyak pd wajah kita. Yela,minyak y berkumpul pada liang2 roma boleh menyebabkan liang roma kulit muke kite tersumbat dan lahirlah makhluk mcm SI JERAWAT. Pd kulit muke y sedie xbermasalah 2, Alhamdulillah..

2) memastikan pemakanan kite jgk tau...kurangkan mkn makanan y berminyak...emmm...kalau boleh xpayah langsung laa ea..faktor ni jgk bley mengundang MUSUH JERAWAT DURJANA!!!!

3) PASTIKAN! tidak pakai produk y bukan2 tau. Maklumla kan,skarang ni produk kat market mcm2,itulah inilah..sy nasihatkan korang jumpe dlu pakar dermatology ttg kategori kulit korang..then mintak advice pakar ttg jenis produk y bersesuaian ngn kulit korang..dan y paling penting jgn ske sgt nk tukar2 produk tau..bahana 2,bahaya laa..xmo3...

4) Untuk cucian plak, kite disarankan oleh pakar kulit supaya cuci kulit wajah kite atleast 2x sehari je tau...jgn kerap sgt..ckupla pagi 1x then sblum tdo 1x. Bkn ape, cucian y berlebihan akan mnyebabkn iritasi kpd kulit kite. Kalo tbe2 kulit kite tumbuh JERAWAT DURJANA, sapukan penyegar/toner...pastikan jgk toner y xde alkohol tau

5) Emosi dan tekanan jgk sgt penting..pastikan emosi kite dlm keadaan stabil..kalo moody terutamenye ble nk dtg "bulan penuh" la kan. Cepat2la beristighfar..ambil wudhu' ye...insyaAllah..ikhlaskanla hati dlm penjagaan muke kite...bkn utk bermegah2 tau...betulkan niat dulu.

Sekian sajela sdikit antara y sy amalkan..yang paling penting hidup kite hendaklah sentiasa berada dlm landasan y betul,sentiasa ceria...betulkan niat dlm penjagaan diri ye..bkn utk bermegah2 tau..lain plak jadinye nt..btulkan niat tau. Ape2 pn bermula dr niat kite kn..InsyaAllah..SELAMAT MENCUBA!!! 

Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum w.b.t...
Mintak maaf sebab dah lame xshare petua2 berguna ye kawan2..maklomla..miss mien busy dengan final year ni...byk nk kena pulun...pe pun, miss mien xkan lupekan pengikut setia blog ni. Em, xrugi pn kan kite amalkan petue2 ni...untuk kebaikan kita jugak..Allah dah kurniakan kita tubuh badan yang sempurna, xsalah kita menjaga pemberian-Nya yang xternilai ni kan...jadi, selepas jaga rambut...jom tengok untuk  penjagaan kulit muka kita yang tulus lagi mulus ni nak x? Jom!!

MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT
            Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.
            Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan . Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.
            Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berkesan.
            Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.
            Disamping itu, hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.
            Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan.

Sunday, December 26, 2010

PERKAITAN TUMBUHAN DAN PETUA MENJAGA KECANTIKAN

Assalamualaikum w.b.t...pada minggu ini saya akan berkongsi kepada kaum  wanita tentang hebatnya makhluk tumbuhan yang diciptakan oleh Allah s.w.t...Subhanallah... Selain itu,miss mien nk kongsi jugak rahsia penjagaan mahkota kita,rambut..emmm..sgt penting untuk kita kaum hawa...nanti miss mien share yang lain pulak ye,miss mien mule dari kepala dulu..slamat mencuba ye...salam ukhwah fillah buat semua...:-)
  
PENDAHULUAN
            Sememangnya tumbuhan memainkan peranan penting dalam perubatan,  kesihatan dan kecantikan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 7000 spesis tumbuhan yang  dapat menghasilkan unsur-unsur kecantikan yang dikira dapat memberi manafaat kepada manusia khasnya kaum wanita. 
            Menjadi harapan setiap wanita agar kelihatan cantik sentiasa terutamanya yang sudah dan bakal mendirikan rumahtangga agar kebahagiaan berkekalan dan keremajaannya dapat dipertahankan walaupun sudah berusia. Pelbagai cara dilakukan agar tampak awet muda, terutamanya menerusi rawatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan asli yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Apabila melihat kulit mulus mula berkedut, rambut hitam mula beruban, timbul semacam perasaan  dan rasa rendah diri jika dibandingkan dengan wanita yang seusia tetapi masih kekal muda.
            Sebelum berkahwin ramai wanita tidak terlalu memikirkan kehalusan kulit, bentuk tubuh mahupun keremajaan kulit. Amalan dan petua orang dulu-dulu sudah lama ditinggalkan. Perawatan tradisional diganti dengan perubatan moden sehingga rahsia alam terkubur begitu sahaja. Alangkah sayangnya jika keadaan ini terus berlaku. Kerancakan negara barat mengkaji khasiat tumbuh-tumbuhan tropika, samada untuk rawatan pelbagai penyakit ataupun sebagai ramuan kosmetik menunjukkan mereka mula menghargai dan mengkormesilkan tumbuhan yang biasa dijadikan ulam atau rencah masakan masyarakat kita.
Berikut disertakan beberapa petua khasnya kepada bakal-bakal pengantin untuk persiapan ke gerbang perkahwinan merangkumi persiapan luaran dan dalaman.

MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT
            Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.
            Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.
            Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.