About Me
Wednesday, January 5, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Assalamualaikum w.b.t...
Mintak maaf sebab dah lame xshare petua2 berguna ye kawan2..maklomla..miss mien busy dengan final year ni...byk nk kena pulun...pe pun, miss mien xkan lupekan pengikut setia blog ni. Em, xrugi pn kan kite amalkan petue2 ni...untuk kebaikan kita jugak..Allah dah kurniakan kita tubuh badan yang sempurna, xsalah kita menjaga pemberian-Nya yang xternilai ni kan...jadi, selepas jaga rambut...jom tengok untuk penjagaan kulit muka kita yang tulus lagi mulus ni nak x? Jom!!
MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT
Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.
Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan . Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.
Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berkesan.
Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.
Disamping itu, hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.
Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan.
Sunday, December 26, 2010
PERKAITAN TUMBUHAN DAN PETUA MENJAGA KECANTIKAN
Assalamualaikum w.b.t...pada minggu ini saya akan berkongsi kepada kaum wanita tentang hebatnya makhluk tumbuhan yang diciptakan oleh Allah s.w.t...Subhanallah... Selain itu,miss mien nk kongsi jugak rahsia penjagaan mahkota kita,rambut..emmm..sgt penting untuk kita kaum hawa...nanti miss mien share yang lain pulak ye,miss mien mule dari kepala dulu..slamat mencuba ye...salam ukhwah fillah buat semua...:-)
PENDAHULUAN
Sememangnya tumbuhan memainkan peranan penting dalam perubatan, kesihatan dan kecantikan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 7000 spesis tumbuhan yang dapat menghasilkan unsur-unsur kecantikan yang dikira dapat memberi manafaat kepada manusia khasnya kaum wanita.
Menjadi harapan setiap wanita agar kelihatan cantik sentiasa terutamanya yang sudah dan bakal mendirikan rumahtangga agar kebahagiaan berkekalan dan keremajaannya dapat dipertahankan walaupun sudah berusia. Pelbagai cara dilakukan agar tampak awet muda, terutamanya menerusi rawatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan asli yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Apabila melihat kulit mulus mula berkedut, rambut hitam mula beruban, timbul semacam perasaan dan rasa rendah diri jika dibandingkan dengan wanita yang seusia tetapi masih kekal muda.
Sebelum berkahwin ramai wanita tidak terlalu memikirkan kehalusan kulit, bentuk tubuh mahupun keremajaan kulit. Amalan dan petua orang dulu-dulu sudah lama ditinggalkan. Perawatan tradisional diganti dengan perubatan moden sehingga rahsia alam terkubur begitu sahaja. Alangkah sayangnya jika keadaan ini terus berlaku. Kerancakan negara barat mengkaji khasiat tumbuh-tumbuhan tropika, samada untuk rawatan pelbagai penyakit ataupun sebagai ramuan kosmetik menunjukkan mereka mula menghargai dan mengkormesilkan tumbuhan yang biasa dijadikan ulam atau rencah masakan masyarakat kita.
Berikut disertakan beberapa petua khasnya kepada bakal-bakal pengantin untuk persiapan ke gerbang perkahwinan merangkumi persiapan luaran dan dalaman.
MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT
Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.
Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.
Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


