BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 26, 2010

PERKAITAN TUMBUHAN DAN PETUA MENJAGA KECANTIKAN

Assalamualaikum w.b.t...pada minggu ini saya akan berkongsi kepada kaum  wanita tentang hebatnya makhluk tumbuhan yang diciptakan oleh Allah s.w.t...Subhanallah... Selain itu,miss mien nk kongsi jugak rahsia penjagaan mahkota kita,rambut..emmm..sgt penting untuk kita kaum hawa...nanti miss mien share yang lain pulak ye,miss mien mule dari kepala dulu..slamat mencuba ye...salam ukhwah fillah buat semua...:-)
  
PENDAHULUAN
            Sememangnya tumbuhan memainkan peranan penting dalam perubatan,  kesihatan dan kecantikan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 7000 spesis tumbuhan yang  dapat menghasilkan unsur-unsur kecantikan yang dikira dapat memberi manafaat kepada manusia khasnya kaum wanita. 
            Menjadi harapan setiap wanita agar kelihatan cantik sentiasa terutamanya yang sudah dan bakal mendirikan rumahtangga agar kebahagiaan berkekalan dan keremajaannya dapat dipertahankan walaupun sudah berusia. Pelbagai cara dilakukan agar tampak awet muda, terutamanya menerusi rawatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan asli yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Apabila melihat kulit mulus mula berkedut, rambut hitam mula beruban, timbul semacam perasaan  dan rasa rendah diri jika dibandingkan dengan wanita yang seusia tetapi masih kekal muda.
            Sebelum berkahwin ramai wanita tidak terlalu memikirkan kehalusan kulit, bentuk tubuh mahupun keremajaan kulit. Amalan dan petua orang dulu-dulu sudah lama ditinggalkan. Perawatan tradisional diganti dengan perubatan moden sehingga rahsia alam terkubur begitu sahaja. Alangkah sayangnya jika keadaan ini terus berlaku. Kerancakan negara barat mengkaji khasiat tumbuh-tumbuhan tropika, samada untuk rawatan pelbagai penyakit ataupun sebagai ramuan kosmetik menunjukkan mereka mula menghargai dan mengkormesilkan tumbuhan yang biasa dijadikan ulam atau rencah masakan masyarakat kita.
Berikut disertakan beberapa petua khasnya kepada bakal-bakal pengantin untuk persiapan ke gerbang perkahwinan merangkumi persiapan luaran dan dalaman.

MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT
            Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.
            Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.
            Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.