BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 15, 2011

resepi masakan utk "SI BUJANG" mcm aku....

Assalamualaikum w.b.t


Entry kali ni berbeza skit dpd sblum2 ni...sbb kali ni nk share 1 resepi masakn y amat2 simple giler. Resepi ni pn sy hentam je, jnji sodap nk sumbek kek tokak den ni haaa....hahah...resepi ni aku namakan...sy masak ni ari 2 time kat umah akak sy...die g keje, then sy pn dpd duk malangut je, baik aku selongkar dapur die...hu2. maka terjadilah....!!!


KEPALA IKAN KURAU MASAK CAP KICK!! HAHA2!! (dlm resepi ni mmg sy letak haha 2...khi3)


Bhn campak2 di adelah:


-y pling penting kepala ikan kurau atau ikan lain mcm ikan kembung ke, ikan sardin pn sedap gak (bersihkan la sisik de dlu, insang de sume, pandai2la korang y nk makan)
-sebiji bwg besar, kalo nk gune bwg kecik ambikla dlm 4-5bji {tumbuk/blend}
-Segenggam cili padi (dah name pn cmpak2,ambik jela segenggam), {tumbuk/blend} 
-serai sebatang {dititik, ketuk jela maknenye}
-halia sebesar ibu jari dah ckup dah, kalo byk sgt kang terkentot2 plak,hahah {tumbuk/blend gak}
-hiris lagi skit bwg besar utk hiasan, hehe (xpayah pn xpe kalo xmkn)
-air masak
-garam
-dan sdikit perasa (kpd y xnk letak sbb takot rambut ggur better xpayah,hu2)


cara2 nk campak de mcm nih....


1) 1st skali masukkkan air masak, ikutla bape byk korang nk letak bergantung pada jumlah ikan y kite letak ataupun kalo kite ske kuah skit, letakla skit and sebaliknya.
2) pastu, masukkanla sume bhn2 y dah ditumbuk tadi, biar sampai mendidih...
3) agak2 kuah 2 dah masak la kan, dah mendidihla maknenye, masukkkan ikan td
4) masukkan garam dan perasa secukupnya
5) campak plak asam keping/stgah sudu asam jawa
6) ttup periuk sampai ikan btol2 masak, then kalo dah masak, ttup api..
7) then, hidangkan dgn taburkan hirisan bwg bsar td ye...nmpakla mnarik skit..mcm ni..tara!!!




tip power: nk lagi kick, letakkan daun limau prut..kalau rajinla nk cr kat kedai...k..

............................SELAMAT MENCUBE!!!!...............................................

Friday, June 10, 2011

CONTOH PANDUAN RESUME YANG LENGKAP



 Assalamualikum w.b.t


Kepada rakan2 yg selama ini tertanya2 kenapalah aku xdpt2 kerja agaknya yek?? Ntah mane silapnye ntah yek...ade rezki mmg ade rezki, bile2...tp kdg2 kite xprasan ntah2 resume kite ala2 resume koboi je, senang cite xmenarik dan xmnepati citerasa majikan y nk ambik bkerja dgn die. 1st of all mestilah die tgok resume dlu kan..then barula de nilai percakapan kite, pengalamn dan lain2. 




So u all xpayahla nk fenin2 kipale dah...now i dah share kat u all sample resume y boleh korang wat contoh. Mengikut penilaian sy, contoh resume kat bwh ni bagus jgkla..


k tgokla ni:

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information) 

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, he2..xperlu la over sgt...
Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies) 

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.

Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications) 

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.
Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.
 
Ingat! 
Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan. 
 
Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputerbook keeping, kelajuan menaip, project managementmenggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.
 
Ingat! 
Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling ngan kasut kang br tau.
 
Bahasa (Language) 
Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.



sbg contoh:



LanguageSpokenWritten
English810
Malay1010
Mandarin86
Arab107

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.
 
Pengalaman Kerja (Working Experience) 

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?
• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).
So camane nak start cerita pasal working experience nih?
  • The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
  • Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
  • Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.
  • Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).
Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?
Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya
Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders. 
Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.
Lihat dua contoh di bawah:


Contoh A
Prepared training modules for new hires
Contoh B
Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

  1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
  2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
  3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.
 
Rujukan (Reference) 

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.
 
Penting! 
Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka hati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

Gaji (Salary) 

Gaji sekarang (current salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.
Gaji yang dikehendaki (expected salary) 
Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.
Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.
Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:
Expected Salary
RM2500 – RM3200 (Negotiable)
RM3200
RM2500 – RM3200 (Nego)
RM2500 – RM3200 (Negotiate)
Salary is fully negotiable
Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.


Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian.Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.
The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer. Senang citer.

So, dah bace dah, ambikla input drpd ape y sy share ni ye.......SELAMAT BERRESUME!!

Sesungguhnya perkongsian ini dibawakan oleh http://www.jobsmalaysiaonline.com/


Tuesday, June 7, 2011

TIPS2 APABILA DIKEJAR ANJING ATAU DIHAMPIRI ATAU Y SERUPA DGNNYA...

                                                                  Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni nk share pasal cara2 atau tip2 apabila kite nk hadapi seekor anjing y nk kejar kite. Ni bdasarkan pngalaman sy lah..dulu time study kn..balik drpd joging,lalula kat tepi2 rumah org, nk short cut la konon, lepas 2 kat tepi umah org bbngsa cina ni ad anjing menyalak, mulenye sy cool je la..tgok anjing 2 seolah2 berlari laju kearah sy. Sy pn ape lg, pecut mcm motorbike, perhhh...mmg laju. Last2, toleh blakang balik, anjing 2 berada kat dlm pagar je. Hahahahaha..mmg lucu..:)


So, sy nk la share pasal tip2 bile hadapi situasi mcm ni..xkesalah kite berjalan kat mane pn, bile berhadapan situasi mcm ni..k, aplikasikan tips2 ni k!!


(1) Segera berhenti lari , jika anda terus berlari anjing akan terus mengejar anda, padahal anjing biasanya berlari lebih cepat dari manusia.

(2) Hindari dpd bertentang mata ye, anjing akn anggap sikap ini sebagai sikap nk melawan. Segera palingkan wajah anda secara perlahan ke sisi jangan ke belakang.



(3) Berkata atau jerit dengan tegas, ckp “Tidak!" atau " jangan" atau perkara y slalu kite wat "Shuhhh3!!" atau tunjukan jari tangan ke arahnya. Biasanya anjing cepat bereaksi dengan kata-kata ini.




(4) Segera baring dgn diam kalau si anjing mulai menyerang anda, biasanya kalau anda pura-pura mati kemungkinan anjing tidak tertarik lagi menyerang anda, sbb anjing menyangka lawannya sudah mati .


(5) Bila masih tetap diserang, rendahkan wajah anda , dan tutup telinga dengan tangan pastu berdoa dgn khusuk moga2 anjing 2 lari cepat.



(6) Then, ble dah diserang anjing...BALIK JGN LUPE SAMAK PLAK YE...:)